Pengumuman Penangguhan Kuliah
Posted by Jabatan Seni Visual dan Teknologi, FSGK, UNIMAS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Memandangkan ramai dalam kalangan siswa-siswi serta tenaga akademik jabatan akan mula pulang ke kampung halaman pada hari Khamis (17 September 2009) untuk berhari raya, maka semua kuliah bermula pada tarikh tersebut yang melibatkan kursus-kursus jabatan akan ditangguhkan. Kuliah akan bermula kembali pada hari Isnin (28 September 2009) dan kegagalan siswa-siswi mematuhi arahan ini akan mengakibatkan mereka berstatus 'tidak hadir ke kuliah dengan kenyataan'.
Kuliah yang ditangguhkan perlu diganti mengikut persetujuan antara pensyarah dan siswa-siswi.
Sekian, harap maklum.
Ikhlas,
Ketua Jabatan