Jangan lupa.... ^_^  

Posted by Jabatan Seni Visual dan Teknologi, FSGK, UNIMAS

Asalamualaikum...cuma nak ingatkan kat sume kawan-kawan....our jamuan raya...


Tarikh: 19 Oktober 2009
Masa: 12.00 tgh hari
Tempat: Berhadapan Panggung Eksperimen (et)



Adalah diharapkan agar kawan-kawan dapat hadir... Jangan lupa bwak kupon & berpakaian hari raya..baru best... ^_^

Pameran Pra-CIPTA 2009  

Posted by Jabatan Seni Visual dan Teknologi, FSGK, UNIMAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Pameran Pra-CIPTA (Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir) Jabatan Seni Visual dan Teknologi akan diadakan seperti butiran di bawah:

Tarikh: 19 - 23 Oktober 2009
Tempat: Galeri FSGK, Ground Floor
Masa : 9:00 pagi - 4:30 petang

Semua siswa-siswi adalah dialu-alukan untuk menyaksikan pameran ini (yang merupakan inisiatif awal siswa-siswi tahun akhir jabatan menghasilkan karya seni berdasarkan kajian akademik yang telah mereka lakukan mengikut bidang pengkhususan/kecenderungan masing-masing).

Harap maklum.

Ikhlas,

Ketua Jabatan

Pengumuman Penangguhan Kuliah  

Posted by Jabatan Seni Visual dan Teknologi, FSGK, UNIMAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Memandangkan ramai dalam kalangan siswa-siswi serta tenaga akademik jabatan akan mula pulang ke kampung halaman pada hari Khamis (17 September 2009) untuk berhari raya, maka semua kuliah bermula pada tarikh tersebut yang melibatkan kursus-kursus jabatan akan ditangguhkan. Kuliah akan bermula kembali pada hari Isnin (28 September 2009) dan kegagalan siswa-siswi mematuhi arahan ini akan mengakibatkan mereka berstatus 'tidak hadir ke kuliah dengan kenyataan'.

Kuliah yang ditangguhkan perlu diganti mengikut persetujuan antara pensyarah dan siswa-siswi.

Sekian, harap maklum.

Ikhlas,

Ketua Jabatan

Penangguhan Kelas GKV2113 - Media dan Proses  

Posted by Jabatan Seni Visual dan Teknologi, FSGK, UNIMAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa kelas yang sepatutnya diadakan pada 16 September 2009, terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh baru atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sekian, terima kasih.

Ketua Jabatan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  

Posted by Jabatan Seni Visual dan Teknologi, FSGK, UNIMAS

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua siswa-siswi Jabatan Seni Visual dan Teknologi, Maaf - Zahir dan Batin.

Ikhlas,


Ketua Jabatan
Jabatan Seni Visual dan Teknologi
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIMAS